Setiap hari, anda terdedah dengan asap, debu, habuk dan sinaran matahari. Keadaan ini memang tak dapat dielakkan. Sekiranya diabaikan, ia membuatkan kulit menjadi kusam dan kurang bermaya. Terutamanya kulit muka. Anda pasti menyedarinya bila membelek muka di depan cermin.
Risau?? Tentulah risau, kan?
Justeru, kalau anda ingin mengekalkan kulit muka yang putih serta cerah, apakata rawat muka dengan serbuk kopi. Ini kerana serbuk kopi mampu mengembalikan kecerahan kulit anda.
Kalau nak memutihkan satu badan pun boleh amalkan petua memutihkan kulit yang bakal anda ketahui sebentar saja lagi. :-)
Serbuk kopi
Untuk makluman anda, serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.
Jadi, usah tunggu lagi! Sediakan bahan-bahan yang diperlukan;
~ 1/2 kg biji kopi
~ Sedikit minyak zaitun
~ Sedikit tepung sengkuang
Caranya;
1. Tumbuk biji kopi sampai halus.
2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.
3. Kacau kesemua bahan hingga rata.
4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.
5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.
6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.
7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.
Petua ini boleh diamalkan seminggu sekali. Selamat Mencuba!